Sunday, September 07, 2014

Resolusi Mesyuarat Agung Tahunan DAP Bukit Gelugor

Resolusi yang diluluskan di Mesyuarat Agung Tahunan Jawatankuasa Perhubungan Parlimen DAP Bukit Gelugor pada 7-9-2014
------------------------------------------------------------------------------------------------

Bahawa Mesyuarat Tahunan AGM ini

1. Memberi penghormatan tertinggi kepada mendiang Sdr Karpal Singh, bekas Ahli Parlimen Bukit Gelugor (2004-2014) atas perkhidmatan cemerlang beliau di Parlimen dan Dewan Undangan Negeri selama 4 dekad.

2. Mengucapkan terima kasih kepada pengundi-pengundi di Bukit Gelugor kerana memberikan kemenangan besar kepada DAP di Pilihanraya Kecil Bukit Gelugor pada 25-5-2014.

3. Solidariti dengan Kerajaan Negeri Pulau Pinang dalam isu Pasukan Peronda Sukarela dan mengecam segala tekanan politik di belakang takbir yang membawa kepada tangkapan besar-besaran Ahli-Ahli PPS semasa perarakan kemerdekaan pada "Ops Black National Day".

4. Mendesak Kerajaan Persekutuan untuk memansuhkan Akta Hasutan 1948 dan menghentikan penggunaan Undangan-Undang kolonial ini ke atas wakil rakyat, Ahli akademik dan wartawan.

5. Akan terus bersama Kerajaan Negeri dalam pelaksanaan dan pemantauan projek-projek infrastruktur untuk memperbaiki trafik dan lalu lintas di kawasan Bukit Gelugor. Antara lainnya projek pelebaran Lorong Batu Lanchang, projek Jalan segala di Farlim,

projek Air Itam bypass dan projek Paya Terubong Paired Road.

6. Mengesahkan usaha Kerajaan Negeri dalam pembinaan rumah kos sederhana Rendah dan mampu milik sebanyak 20,000 unit di seluruh Pulau Pinang dan menghidupkan projek perumahan terbengkalai melebihi 10 tahun di kawasan Bukit Gelugor iaitu projek Taman Cemerlang, Desa Aman dan Majestic Height.

7. Meminta semua pihak memandang serius  terhadap isu brain drain yang berlaku dan memastikan iklim pelaburan masih subur dan pewujudan kerja-kerja bergaji tinggi untuk pemuda-pemudi. Menaruh harapan tinggi terhadap usaha pembinaan kilang-kilang baru di Taman Perindustrian baru di Batu Kawan dan taman Perindustrian sedia ada di Bayan Lepas, Prai dan Bukit Minyak.


8.  Mengulangi seruan terhadap Kerajaan Persekutuan untuk membantu sekolah-sekolah semua aliran untuk memastikan pelajar-pelajar dapat mempelajari Bahasa Ibunda masing-masing.  Mengiktiraf usaha Kerajaan Negeri Pulau Pinang membantu sekolah-sekolah Bahasa Ibunda dengan peruntukan tahunan yang tidak dapat dilakukan oleh Kerajaan Negeri Barisan Nasional sebelum ini.


民主行动黨武吉牛汝莪国会联委会常年大会通过议案  7-9-2014

1. 向已故武吉牛汝莪国会议員加巴星致最高敬意。加巴星在国会及州议会有长达四十年的傑出表现。

2. 向广大的武吉牛汝莪选民致谢,因为大家的支持使到民主行动黨在武吉牛汝莪補选中取得巨大勝利。

3. 全力支持槟州政府在志愿巡逻队上的立场。谴责幕后的政治动作及“黑色国庆日行动”发生的逮捕PPS成員,已为国庆蒙上汚奌。

4. 嚴正要求联邦政府废除1948年煽动法令及停止利用此过时的法令來对付民选立法议員,学术人員及記者。

5. 將与梹州政府一起致力改善武吉牛汝莪区内及監督交通疏解计划如峇都蘭章巷道路扩充计划,阿依淡新市鎮商业区單行道计划,阿依淡連接日落洞大道,壟尾平行公路。

6. 肯定梹州政府在州内建设兩萬间中廉价屋及可負担屋子的计划及努力以及積极復苏武吉牛汝莪区内搁置超过十年的屋业计划即天德园珍美园计划,湖内安寧园计划及壟尾大华高原计划。

7. 呼吁各方正视人才流失问题,確保投资坏境良好以創造更多高薪工作給年轻人,以留住人才。对于梹州政府在峇都加湾规画的新高科技园及在峇六拜,北頼,武吉敏雅的工厂新投资寄以厚望。

8. 再次呼吁联邦政府协助各源流学校,以使到学生们可自由字习母语。肯定梹州政府毎年制度化拨款给母语教育学校,这是以往国陣州政府数十年无法办到的。

No comments: